Sekumpulan bekas pelajar yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka telah mengikuti perjumpaan semula / ‘reunion’ di rumah guru kaunseling mereka semasa di sekolah dahulu.
Mereka berbual-bual tentang pelbagai topik dan akhirnya perbualan itu bertukar kepada luahan rasa stress atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.
Guru kaunseling mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, malah ada juga yang diperbuat daripada kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.
Guru kaunseling itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.
Kemudiannya pelajar-pelajar itu memandang antara satu sama lain, mereka kelihatan teragak-agak untuk mengambil cawan yang pelbagai di atas dulang. Namun beberapa ketika, mereka tersenyum dan mula mengambil cawan masing-masing dan menuang kopi. Selepas beberapa ketika, guru kaunseling itu berkata:
"Jika kamu semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil berbanding cawan yang biasa dan kelihatan murah. Memang kebiasaan kamu semua mahukan yang terbaik dalam hidup kamu tetapi itulah punca kepada masalah dan stress yang kamu semua hadapi"
"Apa yang sebenar kamu perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi kamu sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, kamu turut memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."
Dalam perumpaan di atas, boleh dirumuskan bahawa kehidupan diibaratkan seperti kopi manakala kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.
Jadi, nikmatilah kehidupan yang ada...

No comments:
Post a Comment